Teaching Philosophy

Falsafah Pengajaran Saya

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
(KPM, 1988)

       Berdasarkan FPN di atas, Kementerian telah menetapkan satu hasrat yang hendak capai dari segi JERI. Dalam mencapai hasrat KPM yang tetapkan, setiap guru dan sekolah perlu memainkan peranan dalam membimbing pelajar secara menyeluruh dan bersepadu.

      Bagi pendapat saya, guru bukan sahaja mengajar tetapi juga sebagai fasilitator. Setiap pengajaran bukan hanya berlaku dalam kelas secara formal, tetapi juga dari segi informal dan non-formal. Ini memakna, pengajaran ini bukan sahaja proses PdP dalam kelas, malah juga termasuk aktiviti atau persekitaran yang melibatkan luar kelas.  

      Dalam teori falsafah, ramai guru suka menggunakan teori behavioris dalam PdPc. Teori ini berlaku apabila guru membuat rangsangan dan mendapat tindak balas daripada pelajar. Namun, sekarang banyak sekolah mengaplikasikan konsep pembelajaran Abad - 21 dalam PdPc yang mana berpusatkan pelajar. Jadi, pembelajaran ini sesuai menggunakan teori Konstruktivis yang mana merujuk pengalaman pelajar yang sedia ada. Melalui teori ini, pelajar dapat mengeksplorasi berdasarkan pengetahuan sedia ada dalam menyelesaikan masalah sendiri.

     Dalam pembelajaran Abad-21 ini juga, pengajaran dan pembelajaran perlu menarik dan dapat minat pelajar dalam pembelajaran. Bagi saya, pengajaran secara " Chalk and Talk" tidak sesuai lagi. Ini bermakna dalam proses pengajaran bukan hanya melibatkan pengajaran berbentuk analog tetapi juga berbentuk digital. Pendapat saya, TPACK sesuai aplikasi dalam PdPc pada zaman kini. Dengan bantuan TPACK ini, dapat meringankan beban guru malah dapat menarik minat pelajar dalam pembelajaran. Adanya teknologi sertai dalam PdPc, pelajar akan senang memahami topik yang diajar malah mereka juga boleh secara visual dalam pembelajaran. 


No comments:

Post a Comment